Nama: Amirah Binti Abdul Manaf dilahirkan di negeri Kelantan Darul Naim, Tinggal di Felda Keratong 05, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang Darul Makmur." Beribadat bersungguh-sungguh dan mengabdikan diri pada ALLAH Subhanahu wataala, menandakan syukur dan terimakih atas rahmat ALLah yang amat banyak".
Rabu, 17 Mac 2010
Inisiatif Baru Dalam Usaha Meningkatkan Persekitaran Kerja Peguam-Peguam
Pendaftaraian seorang Peguambela dan Peguamcara disembolikkan melalui upacara penjubahan yang disempurnakan oleh rakan peguam yang lebih berpengalaman. Sebaik sahaja jubah disarungkan ke bahu anda, suatu perasaan pasti singgah dalam hati “Bangga” kerana telah berjaya menggalas satu tanggungjawab yang mulia - menegakkan keadilan tanpa ragu-ragu dan tanpa berat sebelah. Namun bagi sesetengah peguam, indahnya bergelar peguam hanyalah bersifat sementara. Ini kerana semakin hari berlalu, beban yang digalas di bahu menjadi semakin berat. Bukan kerana tanggungjawab sebagai seorang peguam tetapi disebabkan masalah-masalah kecil yang semakin lama dibiarkan menjadi kudis dalam hati. Ada yang mengeluh layanan majikan tidak memuaskan hati, peruntukan gaji dan elaun yang kecil, beban kerja yang melampau dan tidak setimpal dengan gaji; tidak kurang juga yang berpendapat bahawa persekitaran kerja mereka tidak kondusif dan banyak lagi tekanan yang merencatkan konsentrasi kerja. Bertuahlah bagi mereka yang menikmati kehidupan yang baik sebagai seorang peguam, diberi gaji dan elaun yang kompetitif, persekitaran kerja yang mengundang minat dan usaha, penghormatan sebagai seorang professional dan sebagainya.Sehubungan itu, bagi mengimbangi kelebihan dan kekurangan yang wujud dalam kerjaya kepeguaman seterusnya sebagai usaha membaikpulih dan mengangkat kembali martabat kerjaya ini sesuai dengan statusnya sebagai kerjaya professional dan dihormati, cadangan kajiselidik tentang kerjaya ini sewajarnya mendapat reaksi dan sokongan yang menggalakkan daripada kumpulan sasar. Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Nasional (NYLC) telah melihat kepentingan mengenalpasti masalah-masalah yang kerapkali melingkari kerjaya ini dan cuba mencari solusi terbaik kepada masalah-masalah tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)